“Bahasa Melayu telah mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan serta bahasa ketatanegaraan”
(Profesor Awang Sariyan, 2008)
Merujuk petikan dia atas, ia membuktikan bahawa Bahasa Melayu sentiasa dimartabatkan. Ini kerana dengan memartabatkan bahasa kebangsaan, penyatuan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan dimana ia juga secara tidak langsung mempamerkan jati diri dan identiti negara kita Malaysia.
Namun, apa yang dapat diperhatikan di ruangan Facebook atau laman sosial yang lain, anak-anak remaja sekarang yang terdedah kepada perkembangan teknologi dan dunia alam maya, kebanyakan mereka gemar menulis ayat Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan yang menpunyai penambahan “w” di hujung perkataan seperti jew, kew, lew dan lain-lain lagi. Keadaan ini jika dibiarkan mungkin akan memusnahkan kecantikan dan keunikan Bahasa Melayu di mana akhirnya ia mungkin tidak lagi boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Saya percaya, langkah kerajaan untuk melaksanakan MBMMBI merupakan satu inisiatif yang baik untuk menyedarkan generasi kini bahawa ianya penting untuk mereka memartabatkan Bahasa Melalu disamping mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Mungkin saya juga belum mampu menulis dengan baik dalam menggunakan Bahasa Melayu. Tetapi saya harap generasi kini mampu memastikan bahasa kita mudah dibaca dan difahami. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment